Bas itu dilaporkan terjunam daripada ketinggian 10 meter di tebing Sungai Purna di daerah Navsari selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan yang dipercayai dipandu laju.
Ketua Polis Daerah, MS Bharada berkata, sekurang-kurangnya 41 orang kebanyakannya wa-nita dan kanak-kanak terbunuh dalam nahas itu yang turut mengorbankan pemandu dan konduktor bas.
“Siasatan awal mendapati, pemandu bas memandu laju kenderaannya dan cuba memotong sebuah lagi kenderaan di sebuah jambatan sempit sebelum hilang kawalan mengakibatkan kemalangan itu berlaku,’’ kata Bharada, hari ini.
Bharada menambah, seba-nyak lima orang cedera parah dalam kemalangan tersebut.
Menurut data kerajaan, secara purata, sebanyak 135,000 kematian direkodkan di jalan raya India pada setiap tahun. – DPA