Search This Blog

Tuesday, February 2, 2016

40 akan didakwa kes kren Makkah tumbang




FOTO kren yang tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 12 September, 2015. - Foto REUTERS

MANAMA: Dokumen membabitkan 40 suspek dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah sudah dirujuk pendakwa raya untuk pendakwaan. Sumber memberitahu akhbar harian Arab, Al Watan 30 suspek adalah pengarah, juruteknik dan ketua projek di syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pelebaran masjid manakala 10 suspek adalah kakitangan sektor awam. Bagaimanapun, sumber berkata lebih banyak nama mungkin dimasukkan ke dalam senarai kerana siasatan masih diteruskan. Menurut akhbar itu, siasatan awal terhadap beberapa suspek bermula di bandar Jeddah dua bulan lalu. Dalam kejadian itu, 107 jemaah terbunuh dan 238 cedera selepas sebuah kren tumbang pada September. Raja Salman Bin Abdul Aziz memerintahkan keluarga mangsa dibayar satu juta riyal (RM1.1 juta) sebagai pampasan. Beliau turut memerintahkan satu juta riyal (RM1.1 juta) diberikan kepada keluarga mangsa yang mengalami kecederaan kekal. Pembayaran sebanyak 500,000 riyal (RM556,000) juga diumumkan bagi mangsa yang cedera. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120342

No comments:

Post a Comment