Search This Blog

Thursday, February 4, 2016

3 pelatih Puspen cederakan pengawal




Mahney Mahrah (dua kanan), Norhafizah (dua kiri) dan Nik Nora (kiri), diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Bachok semalam.


BACHOK – Tiga pelatih wanita Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Kampung Telong yang melarikan diri pada bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada pengawal keselamatan pusat berkenaan.
Bagaimanapun, hanya seorang tertuduh iaitu Mahney Mahrah Rahmat, 36, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin.
Manakala dua lagi rakannya, Norhafizah Mustapha, 27, dan Nik Nora Ramin@Rahimin, 35, minta dibicara.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohd. Hisham Abdullah, 35, dengan menggunakan sebiji batu-bata, sehelai kain cadar dan sebuah kerusi di Balai Pos Utama Puspen di sini pada pukul 3.40 pagi pada 28 Januari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan tersebut, jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3z9Wd9rdU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment