Search This Blog

Tuesday, February 2, 2016

3 dihukum mati, rogol dan bunuh pelajar

ISNIN, 1 FEBRUARI 2016 @ 12:44 AM



KOLKATA: Mahkamah India, semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga lelaki atas tuduhan merogol beramai-ramai dan membunuh seorang pelajar. Tiga lagi defendan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan merogol mangsa sama secara beramai-ramai. Mangsa, seorang wanita berusia 21 tahun menjadi sasaran ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai menduduki peperiksaan universiti pada tahun 2013, di Barat Bengal. Pendakwa raya kanan Anindya Raut memberitahu AFP: "Ia adalah jenayah kejam, kes paling jarang berlaku." Hakim Sanchita Sarkar menjatuhkan hukuman itu dalam mahkamah yang penuh sesak, termasuk dihadiri keluarga mangsa. Abang mangsa bagaimanapun berkata, keadilan gagal diberikan kepada mangsa dan keluarganya apabila dua daripada tertuduh dibebaskan dan tiga lagi hanya dihukum penjara seumur hidup. Dalam kejadian pada Jun 2013 itu, mangsa diculik selepas turun daripada bas dan diheret ke sebuah ladang terbiar yang terletak berhampiran. Serangan itu berlaku ketika mangsa kembali dari universiti ke kampung halamannya, terletak 50 kilometer di timur laut bandar ini. Mayat mangsa ditemui keesokan harinya dengan keadaan berlumuran darah dan mulutnya disumbat. Bukti menunjukkan mangsa dirogol berulang kali. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120036

No comments:

Post a Comment