Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

26 terkorban minum samsu




PIHAK berkuasa Indonesia memusnahkan sejumlah botol berisi arak dan minuman keras di Jakarta baru-baru ini. - Agensi


JAKARTA – Seramai 26 orang penduduk tempatan maut selepas meminum arak buatan sendiri di Jawa Te­ngah, kata pihak polis semalam.
Pasukan penyiasat memaklumkan kebanyakan mangsa meninggal dunia selepas membeli samsu haram daripada satu pasangan di Sleman, sebuah di utara kota Yogyakarta, jelas polis.
“Kebanyakan mangsa merupakan pelajar,” kata ketua polis Sleman, Yulianto kepada agensi berita AFP. Kematian pertama berlaku Rabu lalu dengan beberapa lagi dilaporkan maut tidak lama kemudian.
Polis telah menahan pasangan tersebut kerana menjual bancuhan etanol, air dan buah-buahan itu yang dipercayai menjadi punca 22 kematian. Empat mangsa lain turut dilaporkan meninggal dunia akibat arak tiruan tetapi dijual seorang peniaga berasingan yang telah ditahan polis.
Beberapa kes serupa pernah dilaporkan sebelum ini melibatkan kematian kerana meminum arak tiruan di negara Islam terbesar di dunia itu.
Pada 2014, lebih 10 orang penduduk di Pulau Jawa maut kerana meminum arak tiruan ketika sambutan Tahun Baru sementara pada 2009, seramai 25 orang termasuk empat warga asing mati selepas meminum tuak kelapa dicampur metanol di sebuah resort di Pulau Bali.
Tahun lalu, pihak berkuasa Indonesia mengharamkan kedai-kedai kecil menjual arak tetapi dibidas pihak tertentu yang khuatir langkah itu akan memaksa orang ramai membeli arak dari pasaran gelap. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3zcqAUhpt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment