Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

25 Selamat Selepas Bas Jatuh Gaung


Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 11:41 AM

IPOH: Sejumlah 25 penumpang sebuah bas persiaran termasuk pemandunya terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Kilometer 349.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Hentian Sebelah Ladang Bikam, awal pagi Selasa.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu, hanya dua penumpang mengalami cedera ringan.

Katanya semasa kejadian bas berkenaan yang membawa 25 penumpang termasuk dua kanak-kanak sedang dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Hatyai, Thailand.

"Pihak bomba menerima panggilan pada kira-kira pukul 1.26 pagi dan terus bergegas ke lokasi kemalangan.
Bagaimanapun, semua penumpang bas telah berjaya keluar dari bas dan menyelamatkan diri selepas kenderaan itu terbabas," katanya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nasir Md Noor itu selesai sepenuhnya kira-kira 2.20 pagi.

No comments:

Post a Comment