Search This Blog

Wednesday, February 3, 2016

21 motosikal disita, 62 saman dikeluarkan


WARTAWAN SINAR HARIAN

 Anggota JPJ mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Sepadu Cegah Samseng Jalanan.

BAGAN SERAI - Sebanyak 135 motosikal ditahan, manakala 21 daripadanya disita dalam Ops Sepadu Cegah Samseng Jalanan di Bukit Merah, di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam operasi sekitar jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taiping serta Pertubuhan Sukarelawan keselamatan Dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) itu, sebanyak 62 saman dikeluarkan meliputi pelbagai kesalahan.
“Dalam operasi bersama 60 anggota termasuk JPJ dan PSKK, sejumlah 50 saman dikeluarkan PDRM, 12 saman oleh JPJ termasuk satu notis pemeriksaan semula (PG1) diberikan terhadap pemilik motosikal yang diubahsuai.
“Kebanyakan kesalahan direkodkan seperti tiada lesen memandu selain beberapa kesalahan lain seperti ubah suai nombor pendaftaran dan cukai jalan tamat tempoh. Selain itu seorang lelaki berumur lingkungan 20-an turut ditahan selepas ujian air kencing mendapati dia positif dadah,” katanya kepada media, semalam.
Omar berkata, dalam operasi itu, tiga saman diberikan kepada penama kenderaan yang membenarkan kenderaan digunakan orang lain untuk  berlumba.
“Selain tiga saman itu, sebanyak 21 lagi saman bakal diberikan kepada ibu bapa atau penama motosikal yang disita,” katanya
.

No comments:

Post a Comment