Search This Blog

Monday, February 8, 2016

20 kereta ditelan tasik ais

Wisconsin (Amerika Syarikat): Kira-kira 20 kereta tenggelam dalam satu tasik di Wisconsin selepas pengunjung ke festival musim sejuk meletakkan kenderaan mereka di atasnya kerana menyangka tasik itu beku.
Pasukan kecemasan terpaksa dipanggil untuk menarik keluar kenderaan berkenaan lewat Sabtu lalu (waktu tempatan) dari Tasik Geneva ketika acara Winterfest Lake Geneva.
Disebabkan tempat meletak kereta tidak banyak, pihak berkuasa membenarkan orang ramai meletakkan kenderaan di atas tasik yang beku itu.
Malangnya, ais berkenaan retak disebabkan jumlah kereta yang banyak dan pecah ketika Pertandingan Mengukir Salji Kebangsaan Amerika Syarikat.
Sehingga jam 6 petang (waktu tempatan) Jabatan Bomba Lake Geneva masih berusaha menggunakan kereta tunda untuk menarik tujuh kenderaan yang tenggelam.
Tiada sesiapa di dalam kenderaan itu ketika kejadian.
Tasik itu tidak beku sepenuhnya seperti yang berlaku pada musim sejuk kerana kali ini cuaca tidak sedingin biasa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:59 AM


KERETA mula tenggelam disebabkan ais cair.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113364#sthash.AFERVe0K.dpuf

No comments:

Post a Comment