Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

2 maut pesawat tentera Indonesia terhempas

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 3:35 PM


PESAWAT Embraer EMB 314 Super Tucano. - Foto hiasan


JAKARTA: Sebuah pesawat tentera udara Indonesia terhempas di atas sebuah rumah di pulau Jawa menyebabkan dua juruterbang terkorban dan seorang penghuni wanita cedera.


 Jurucakap Pangkalan Tentera Udara Abdul Rahman Saleh, Mejar Hamdi Londong, berkata pesawat itu dalam penerbangan latihan rutin hari ini apabila ia terhempas dekat pangkalan yang terletak di Malang, sebuah bandar berbukit di wilayah Jawa Timur.

Londong berkata, kedua-dua juruterbang dalam pesawat Embraer EMB 314 Super Tucano buatan Brazil itu mati di tempat kejadian dan seorang wanita dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, punca kemalangan masih disiasat. Malang terletak 850 kilometer ke timur ibu negara, Jakarta. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123005

No comments:

Post a Comment