Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

2 mati, 6 cedera tunjuk perasaan politik Jamaica

SELASA, 9 FEBRUARI 2016 @ 1:06 PM



DUA lelaki terbunuh dan enam lagi cedera dalam insiden tembakan pada perhimpunan anjuran parti pembangkang utama Jamaica ketika pembukaan musim kempen ini, - Foto EPA


 PORT-AU-PRINCE: Dua lelaki terbunuh dan enam lagi cedera dalam insiden tembakan pada perhimpunan anjuran parti pembangkang utama Jamaica ketika pembukaan musim kempen ini, menurut polis.

Pasukan Constabulary Jamaica tidak memberikan motif kejadian tetapi menyatakan tiada bukti menunjukkan keganasan di utara bandar Teluk Montego itu adalah disebabkan politik.

Difahamkan tiada tembakan dilepaskan ke arah pentas ketika pemimpin Parti Buruh Jamaica, Andrew Holness, sedang berucap. Menurut Pesuruhjaya Polis, Carl Williams, berdasarkan siasatan setakat ini, tiada bukti menunjukkan insiden itu bermotifkan politik.

Polis mengenal pasti seorang daripada mangsa sebagai anggota geng dari Flankers, sebuah komuniti bermasalah dekat lapangan terbang antarabangsa bandar percutian itu. Jamaica akan mengadakan pilihan raya umum awal pada 25 Februari.

Pertandingan menyaksikan pertembungan antara parti pemerintah, Parti Kebangsaan Rakyat pimpinan Perdana Menteri, Portia Simpson Miller menentang parti diketuai Holness, yang pernah memimpin Jamaica hanya dua bulan sebelum partinya tewas pada pilihan raya 2011. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122686

No comments:

Post a Comment