TAIPING - Sebanyak 17 ekor kambing milik seorang pesara tentera rentung apabila kandang ternakan itu terbakar di Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat sini malam tadi.
Osman Ismail, 55, berkata, beliau menyedari kejadian itu kira-kira 11.20 malam setelah diberitahu oleh beberapa orang rakannya.
"Saya menternak kambing untuk dijual dan tidak sangka pula ia terbakar. Mungkin angin bertiup kencang menyebabkan unggun api di bawah kandang menyambar lantai papan dan menyebabkan ia terbakar," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata beliau kerugian lebih RM18,000.     Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufik Abd Sattar berkata tiga ekor kambing turut tercedera.
Pihak bomba percaya kebakaran bukan disebabkan perbuatan khianat, katanya. - Bernam
a