Kesemua mereka berusia 19 hingga 50 tahun itu, ditahan sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ne­geri ini pukul 12.20 tengah malam, hasil maklumat orang awam.
Pengarahnya, Kamarudin Jaafar berkata, kesemuanya yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri merupakan keturunan Madura yang ditawarkan pekerjaan oleh tekong di kawasan pembinaan berdekatan.
“Kita percaya mereka masuk dalam kumpulan yang kecil sebelum diambil oleh tekong darat dan seterusnya dibawa ke rumah berkenaan. Setakat ini, kita masih menyiasat bagaimana mereka memasuki negara ini.
“Selain daripada itu, kita dapati rumah tersebut menjadi transit sebelum warga asing ini dijual kepada pihak-pihak ter­tentu. Kita kini memburu tekong yang dipercayai masih bebas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.