1. HIV
Ia meragut kira-kira tiga juta nyawa penduduk seluruh dunia setiap tahun. Sehingga kini, tiada vaksin untuk merawat virus kurang daya tahan melawan penyakit (HIV) itu yang pertama kali menjangkiti seorang pesakit lelaki di Republik Demokratik Congo pada 1959.
2. H1N1
Virus dikenali sebagai selesema babi ini memberi kesan kepada ramai orang di seluruh dunia pada 2009. Penyakit berkaitan pernafasan ini berjangkit juga boleh membawa maut.
3.Hepatitis C (HCV)
Ia disebarkan melalui hubungan secara terus dengan darah seperti pemindahan darah dan organ serta berkongsi jarum suntikan. Virus ini boleh merosakkan hati, sekali gus membawa kepada barah hati atau sirosis.
4. Rotavirus
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus berpunca dari najis dan objek tercemar ini sekurang-kurangnya sekali pada usia lima tahun. Simptom jangkitannya termasuk muntah-muntah dan cirit birit.
5.Hepatitis B (HBV)
Virus yang menyebabkan penyakit serius pada hati ini disebarkan apabila pesakit terdedah kepada darah atau cecair tubuh yang tercemar. Gejala penyakit ini adalah termasuk hilang selera makan, demam ringan, kulit kekuningan dan air kencing berwarna gelap.
6. Rubela
Virus ini telah meragut kira-kira 200 juta nyawa di seluruh dunia sejak 150 tahun lalu. Ia boleh membawa kepada komplikasi berbahaya seperti radang paru-paru, otot dinding jantung dan otak.
7. Hantavirus
Virus pembawa maut ini disebarkan kepada manusia melalui air kencing, najis dan air liur tercemar tikus. Dalam beberapa kes lebih teruk, masalah kardiovaskular serius juga mungkin boleh berlaku dan mengancam nyawa.
8. Anjing gila
Ia boleh disebarkan melalui gigitan daripada haiwan yang dijangkiti virus ini. Ia boleh mengancam nyawa kerana memberi kesan sehingga sistem saraf pusat. Menurut WHO, dianggarkan lebih 50,000 maut akibat virus berbahaya ini.
9. Demam kuning
Penyakit berdarah virus akut ini disebarkan melalui gigitan nyamuk betina, aedes aegypti yang ditemui di Amerika Selatan dan Afrika. Dalam beberapa kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati selain menyerang sistem limfa dan organ penting.
10. Demam denggi
Ia disebarkan melalui gigitan nyamuk aedes betina dan boleh memberi kesan kepada tubuh dalam tempoh tujuh hari. Gejala penyakit ini adalah seperti demam panas, sakit sendi dan otot serta cirit birit. Ia boleh mengancam nyawa apabila berlaku pendarahan dalaman dan tekanan darah rendah melampau.