Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

10 terkorban komuter bertembung


Nahas turut sebabkan 150 penumpang lagi cedera
10 Februari 2016 12:05 AM



BAD AIBLING, Jerman 9 Feb. - Sekurang-kurangnya 10 maut, manakala lebih 150 yang lain cedera apabila dua kereta api komuter bertembung di selatan Jerman hari ini.
Syarikat pengendali kereta api wilayah, Meridian menjelaskan, nahas berlaku di laluan antara Rosenheim dan Holzkirchen kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).
Punca kemalangan berdekatan bandar Bad Albling, kira-kira 60 kilometer dari tenggara Munich itu masih belum dapat dipastikan.
Pasukan polis wilayah Upper Bavaria dalam akaun Twitter memaklumkan, sebuah daripada kereta api tersebut tergelincir dari landasan.
Jurucakap polis di Rosenheim berkata, beratus-ratus anggota kecemasan telah dikerahkan ke kawasan kejadian bagi membantu mangsa.
Jelas jurucakap itu yang enggan dikenali, sebanyak 50 daripada penumpang yang cedera berada dalam keadaan parah.
Laluan tersebut dan dua jalan raya tempatan telah ditutup kepada lalu lintas.
Wartawan Al Jazeera di Berlin, Dominic Kane melaporkan, kejadian tersebut berlaku di laluan yang menghubungkan Bavaria dengan Austria.
Agensi berita DPA pula menyebut, satu daripada kereta api itu terbabas dan beberapa gerabak terbalik. – AFP/DPA/AP/Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/10-terkorban-komuter-bertembung-1.188515#sthash.LbIA9tFE.dpuf

No comments:

Post a Comment