Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

10 maut maut nahas lori tangki, kereta

DUNIA RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 5:03 PM



LAHORE: Enam pelajar adalah antara sekurang-kurangnya 10 orang yang terbunuh apabila lori tangki membawa gas cecair petroleum (LPG) bertembung dengan sebuah kereta di timur Pakistan hari ini menyebabkan api membakar kenderaan berhampiran.

Nahas yang turut menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang lagi cedera, berlaku di lebuh raya sibuk di daerah Sheikhupura di Punjab.

 "Menurut maklumat awal, kereta berkenaan membuat pusingan U dan bertembung dengan lori tangki," kata pegawai kanan polis, Latif Gujjar.

Beliau berkata, dua kereta, dua beca yang membawa kanak-kanak ke sekolah dan dua motosikal musnah manakala mayat mangsa rentung.

"Kematian disebabkan kebakaran lori tangki," katanya. Anggota penyelamat, Muhammad Azam, mengesahkan kejadian itu dan bilangan kematian.

Katanya, mangsa yang terkorban termasuk dua wanita. Kabut tebal di tengah dan utara Pakistan pada musim sejuk menjadi punca utama kemalangan jalan raya.

 Pakistan juga mempunyai rekod buruk kemalangan maut disebabkan jalan raya teruk, kenderaan tidak diselenggara dengan baik dan pemanduan cuai. Menurut data rasmi disiarkan kerajaan tahun lalu, lebih 4,600 maut dalam kemalangan jalan raya pada 2013. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123047

No comments:

Post a Comment