Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

10 Maut Kereta Api Jerman Bertembung


Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 7:06 PM
Pandangan dari udara menunjukkan dua kereta api bertembung di Bad Aibling, Jerman pada Selasa. Foto EPA

DIKEMASKINI
BAD AIBLING (Jerman): Sekurang-kurangnya 10 maut manakala lebih 80 orang cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di tenggara Jerman pada Selasa, kata polis.
Menurut polis, seorang penumpang masih hilang, 18 orang cedera mengalami kecederaan parah.
Seorang jurucakap polis berkata, kemalangan itu berlaku di landasan tunggal dan sebuah kereta api tergelincir.
Punca nahas masih belum dipastikan tetapi pasukan polis dan penyelamat sedang menjalankan siasatan.
Nahas membabitkan dua kereta api penumpang itu berlaku pada pukul 6.48 pagi waktu tempatan (1.48 petang waktu Malaysia) dekat Bad Aibling di Bavaria, tenggah negara itu dekat sempadan Austria. - Reuters

No comments:

Post a Comment