GENEVA - SWITZERLAND . Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, virus Zika yang merebak di Amerika dipercayai ada kaitan dengan kecacatan kelahiran akan menyebabkan antara 3 juta hingga 4 juta orang akan dijangkiti.
Pengarah WHO, Margaret Chan berkata, jangkitan yang disebabkan oleh nyamuk yang pada mulanya adalah ancaman ringgan menjadi salah satu bahagian yang membimbangkan.
Margaret berkata, WHO akan mengadakan jawatakuasa kecemasan pada Isnin untuk membantu menentukan tahap tindak balas antarabangsa kepada wabak virus yang  merebak dari Brazil.
"Tanda amaran adalah tinggi.
"Virus Zika merebak dengan pantas," katanya pada mesyuarat bersama ahli lembaga eksekutif WHO dipetik AFP.
Tambahnya lagi, sehingga hari ini, kes dilaporkan di 23 negara dan wilayah di Amerika.
Sementara itu, pakar penyakit berjangkit di pejabat serantau WHO, Marcos Espinal berkata 3 hingga 4 juta kes melibatkan virus Zika tetapi tidak memberi tempoh masa.
Dijangkakan 80% orang yang dijangkiti tidak menunjukkan simpton dan menyukarkan untuk mengenalpasti samada dijangkiti atau sebaliknya.
Kementerian Kesihatan Brazil berkata, pada November 2015, virus yang disebabkan kecacatan janin dikenali sebagai microcephhaly dimana bayi yang dilahirkan berkepala kecil.
Di Brazil, 3,893 kes disyaki microcephaly dilaporkan.
Walaupun kaitan langsung virus Zika yang menyebabkan kecatatan kelahiran masih belum disahkan namun, ia berkemungkinan besar mempunyai kaitan.