Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Warga asing ditemui mati dikelar

Johor Bahru: Lelaki warga asing berusia 29 tahun ditemui mati di pondok kawasan Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Handal, Jalan Senai/Seelong, Senai, Kulai, 8.27 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Razak Md Said berkata, turut ditemui bersama si mati yang bekerja sebagai pembantu restoran itu pisau pemotong sayur dengan kesan darah.
"Pemeriksaan dan siasatan lanjut yang dibuat mendapati terdapat kesan kelar di bahagian leher mangsa yang dipercayai menyebabkan kematiannya.
"Tiada kesan luka atau kecederaan lain di bahagian tubuh mangsa. Sebuah telefon bimbit turut ditemui di dalam poket hadapan kiri seluar si mati.
"Si mati berkerja sebagai pembantu kedai makan di sebuah restoran India berdekatan tempat kejadian Senai sejak dua bulan lalu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:01 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108021#sthash.la3lXikl.dpuf

No comments:

Post a Comment