Mangsa yang berusia 44 tahun membuat laporan di Balai Polis Batu Kikir pada pukul 1.55 pagi tadi dan memaklumkan isterinya warga tempatan berusia 51 tahun memotong kemaluannya menggunakan sebilah mata pisau cukur ketika dia tidur di rumah mereka di Batu Kikir.
Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa telah dibawa ke hospital dan isterinya telah ditahan. - UTUSAN ONLINE