BIDOR - Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas terlibat dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah sebuah lori dan treler, di Pekan Bidor, awal pagi tadi.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.47 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, setiba dilokasi kejadian,‎ mendapati sebuah lori tiga tan melanggar belakang lori treler yang berhenti di bahu jalan.
"Pelanggaran itu menyebabkan seorang wanita telah tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan.
"Anggota telah bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan bantuan lori tunda‎ dan menyerahkan mayat mangsa untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan
.