Search This Blog

Thursday, January 14, 2016

Wanita, majikan cedera Lamborghini terbabas di LPT

JENAYAH KHAMIS, 14 JANUARI 2016 @ 12:45 AM

ORANG awam mengeluarkan mangsa dari kereta mewah jenis Lamborghini yang terbabas di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di Kuantan, petang tadi.

KUANTAN: Seorang wanita dan majikannya cedera apabila kereta mewah Lamborghini yang dinaiki mereka terbabas di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di sini, petang tadi. Ketua Trafik Pahang, Superintendan Mohd Nor Yusof Ali, berkata kemalangan berlaku kira-kira 2.45 petang ketika hujan renyai semasa mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Beliau berkata kereta berkenaan dipandu jururunding wanita, Norfarahliya Daud, 26, dan dinaiki majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong berusia dalam lingkungan 50-an. "Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak binatang yang melintas jalan. "Ia menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta melanggar besi penghadang laluan tengah jalan," katanya ketika dihubungi di sini. Berikutan kejadian itu, mangsa yang berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera ringan dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini. Mohd Nor berkata kenderaan mewah berwarna keemasan itu, yang dianggar bernilai lebih RM1 juta, turut mengalami kerosakan teruk. Mereka hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu di Balai Polis Trafik Kuantan malam tadi, katanya. - BERNAMA

KEADAAN kereta mewah jenis Lamborghini yang terbabas di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di Kuantan, petang tadi.  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114067

No comments:

Post a Comment