Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Wanita Jepun cedera diragut

RABU, 13 JANUARI 2016 @ 5:38 PM

Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

 KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Jepun cedera di lengan dan peha akibat terseret selepas diragut di hadapan sebuah pusat beli-belah di Bangsar di sini, kelmarin. Mangsa berusia 37 tahun itu berjalan dalam kawasan parkir joki di hadapan pintu utama pusat beli belah itu untuk ke keretanya pada jam 6.55 petang. Suspek yang menunggu tidak jauh dari situ dikatakan memecut motosikalnya ke arah mangsa lalu merentap beg tangannya dari belakang, menyebabkan mangsa terjatuh sebelum terseret beberapa meter. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu menunjukkan suspek dipercayai menunggang motosikal jenis YAMAHA LC tetapi nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan. "Dalam beg tangan mangsa mengandungi pelbagai kad ATM, kad kredit dan pelbagai kad lain serta wang tunai kira-kira RM200. "Kerugian dianggar RM3,000. Mangsa yang cedera tangan kiri dan peha kanan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan," katanya. Beliau berkata, tiada saksi dapat mengecam nombor pendaftaran motosikal digunakan suspek. Satu rakaman dari kamera CCTV selama satu minit 56 saat berhubung kejadian itu turut tersebar di laman media sosial sejak semalam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113918

No comments:

Post a Comment