Search This Blog

Friday, January 15, 2016

Wanita hampir maut digilis kereta api


15 Januari 2016 12:38 AM



NEW DELHI 14 Jan. – Seorang wanita mengalami detik-detik mencemaskan apabila hampir maut digilis kereta api selepas terjatuh di atas landasan di timur India, baru-baru ini.
Lebih mendebarkan, wanita itu, Himani Manjhi, 45, terpaksa meniarap di atas landasan selama hampir seminit ketika kereta api yang membawa 56 buah gerabak itu lalu di situ.
Menurut laporan portal Mail Online, insiden yang berlaku di Stesen Purulia di Bengal Barat itu sempat dirakamkan oleh seorang individu yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Saksi kejadian, Ram Sinha berkata, Himani cuba melintasi landasan tersebut untuk menaiki kereta api penumpang di platform yang terletak di arah bertentangan, tetapi dia terjatuh akibat tersadung di landasan.
Jelasnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu tidak sempat membantunya kerana sebuah kereta api kargo semakin dekat menuju ke arah mangsa, tetapi wanita terbabit masih mampu bersikap tenang dan hanya meniarap di atas landasan, sehingga kereta api itu melepasinya.
“Kejadian itu berlaku dengan pantas dan mendebarkan orang ramai yang melihatnya.
“Namun, perasaan terkejut dan gembira bercampur-baur apabila melihat Himani masih hidup dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.
Himani yang mahu menaiki kereta api menuju ke Tatanagar, kemudiannya dibawa ke pejabat stesen untuk mendapatkan rawatan sebelum meneruskan urusannya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-hampir-maut-digilis-kereta-api-1.179729#sthash.zBSBrKyg.dpuf

No comments:

Post a Comment