Search This Blog

Friday, January 15, 2016

'Wak Rico' melampau

Kuala Lumpur: Individu yang menggunakan nama samaran ‘Wak Rico Rock Kapak’ disifatkan sebagai bacul kerana memuat naik gambar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bertudung menyerupai ikon produk kecantikan tempatan.
Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan Faizan Mohd Nor meminta suspek tampil dan meminta maaf kepada kepada Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia.
“Tindakan memuat naik gambar Perdana Menteri dalam keadaan seperti itu dianggap biadab. Perbuatan itu tidak perlu dilakukan dan ia bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini.
“Kita mempunyai undang-undang dan sekatan tertentu, perbuatan Wak Rico ini dianggap melampau kerana mempermainkan pemimpin nombor satu negara,” katanya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.
Isu penghinaan ini bermula apabila imej Najib bertudung dimuat naik di laman Facebook (FB) oleh pemegang akaun bernama Wak Rico Rock Kapak dan dikongsi pengguna lain termasuk di laman Tweeter dan Instagram.
Susulan daripada itu, Ketua Polis Negara 8 Januari lalu memberi amaran kepada mana-mana pihak atau individu yang dikesan memuat naik serta menyebarkan gambar atau komen berunsur penghinaan dan fitnah terhadap pemimpin negara akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Faizan berkata, laporan polis berkenaan dibuat supaya pihak polis menahan lelaki terbabit dan mendakwanya selain menuntut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.
“Kalau dia anak jantan, tampil dan serah diri kepada polis. Jangan menyorok dan menggunakan samaran,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 9:50 AM


FAIZAN (dua dari kiri) membuat laporan terhadap individu yang bernama Wak Rico kerana menghina Najib di IPD Dang Wangi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107472#sthash.Bee9ldq4.dpuf

No comments:

Post a Comment