Search This Blog

Friday, January 15, 2016

Wabak Legionnaires’ semakin buruk di Michigan


SEORANG anggota Keselamatan Kebangsaan Michigan mengagihkan air kepada penduduk di Flint, Michigan kelmarin. - AFP


CHICAGO – Penularan wabak penyakit Legionnaires’ membunuh 10 orang di negeri Michigan, Amerika Syarikat, sejak 18 bulan lalu, dipercayai berpunca daripada pencemaran air.
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Michigan menyatakan kelmari bahawa wabak itu bermula pada musim panas 2014 dan tidak menolak kaitannya dengan pencemaran air takungan di bandar Flint.
“Negeri Michigan menangani situasi ini dengan segera dan telus sama seperti tindakan di bandar Flint,” kata jabatan berkenaan dalam satu kenyataan.
Beberapa pegawai berkata, terdapat sebanyak 87 penyakit Legionnaires’ sejak Jun 2014. Penyakit bawaan bakteria itu yang boleh menyebabkan pneumonia juga menyebabkan 10 kematian pada tempoh sama.
Semua jangkitan itu berlaku di Daerah Genesee yang menempatkan bandar Flint.
Menurut pihak berkuasa, hampir separuh daripada mereka yang dijangkiti penykit berbahaya itu terdedah kepada air di Flint.
Wabak akibat pencemaran plumbum di dalam air takungan itu berlaku selepas pihak berkuasa tidak mempedulikan amaran berhubung air paip yang berbau busuk di Flint.
Bermula April 2014, pihak pentadbiran negeri mula menyalurkan air dari Sungai Flint kepada penduduk bandar itu dan tidak lagi membeli air dari Detroit. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3xHnkLh8y 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment