Search This Blog

Friday, January 15, 2016

Viral bantu kesan kereta hilang

Jelebu: Viral gambar kereta jenis Mitsubishi Lancer Wagon yang dilaporkan hilang di Kelana Jaya, Selangor, pada 2 Januari lalu, menjadi petunjuk kepada penemuan semula kenderaan berkenaan yang ditinggalkan berhampiran kawasan loji air, Simpang Pertang, di sini, kelmarin.
Difahamkan, orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi itu menemui kereta yang ditinggalkan tepi jalan sama seperti gambar yang diviralkan di laman sosial Facebook sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Othman Basri berkata, pihaknya yang menerima panggilan itu segera ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.
“Hasil semakan mendapati kereta berwarna perak itu dilaporkan hilang di hadapan rumah pemiliknya di Kelana Jaya, Selangor,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 6:53 AM


KETUA Balai Polis Simpang Pertang, Sarjan Osman Awang (kiri) melihat keadaan kereta Mitsubishi Lancer Wagon yang ditemui.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107393#sthash.cmpwoDSh.dpuf

No comments:

Post a Comment