Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Tuntut sewa rumah punya pasal

Kulim: Gara-gara menuntut sewa rumah, seorang lelaki bukan sahaja dibelasah malah motosikalnya turut dibakar di Kampung Bukit Karangan di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad berkata mangsa yang berumur 41 tahun, bersama isterinya dari Padang Serai di sini, ke rumah sewa mereka di Bukit Karangan untuk menuntut sewa rumah yang tidak dibayar penyewa selama dua bulan.
"Setibanya mangsa bersama isteri di rumah itu kira-kira 12.30 malam, ada empat lelaki bersama seorang wanita di rumah berkenaan.
"Berlaku pertengkaran sehingga mangsa diserang lelaki yang berada di rumah itu," katanya di sini, hari ini.
Menurutya, penyerang itu juga membakar motosikal mangsa.
Beliau berkata mangsa yang cedera teruk dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan dan kemudian membuat laporan polis.
Abdullah berkata, polis menahan lima orang termasuk seorang wanita berumur antara 20 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan dan mereka reman
sehingga 21 Januari ini. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 4:32 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108009#sthash.lEzSQgjs.dpuf

No comments:

Post a Comment