Search This Blog

Thursday, January 21, 2016

Tindakan tegas salah guna media sosial

Cyberjaya: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang menggunakan media sosial untuk menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata, ia antara keputusan dicapai mesyuarat sulung jawatankuasa khas yang dibentuk baru-baru ini bagi menangani isu salah guna media sosial yang dipengerusikan beliau hari ini.
Mesyuarat turut dihadiri Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, katanya pada majlis prapelancaran Minggu Media Sosial Malaysia 2016 di Limkokwing University of Teknologi Kreatif di sini.
Jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Seri Dr Halim Shafie.
"Mesyuarat bersetuju tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menggunakan media sosial bagi tujuan memfitnah, menyalahgunakan atau menghasut orang lain untuk memperkecil kedudukan atau menyemai kebencian terhadap
institusi kerajaan," kata Salleh.
Beliau berkata jawatankuasa berkenaan juga bersetuju bahawa polis menerajui siasatan bersama-sama dengan MCMC manakala Peguam Negara menugaskan seorang Timbalan Pendakwa Raya khusus.
Beliau berkata, kerajaan serius meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya penggunaan Internet, ekoran peningkatan kejadian jenayah yang semakin meningkat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 8:34 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108807#sthash.4cgazs7W.dpuf

No comments:

Post a Comment