Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Tiga motosikal heret ular sawa batik 120kg

SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 6:33 PM

Oleh Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my


ULAR sawa seberat 120 kilogram yang ditangkap di Kampung Kelisar, Batu Gajar, petang semalam.

TANAH MERAH: Seekor ular sawa seberat 120 kilogram yang ditangkap penduduk kampung terpaksa diheret menggunakan tiga motosikal untuk dikurung dalam reban ayam. Ular sepanjang 6.6 meter itu ditangkap di Kampung Kelisar, Batu Gajah di sini, petang semalam dalam kebun getah. Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tanah Merah, Mohd Fadli Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10 pagi tadi untuk mengambil ular terbabit. "Oleh kerana ular sawa itu berat dan bersaiz besar, usaha mengeluarkannya dari reban ayam mengambil masa hampir 20 minit. "Tiga anggota kami terpaksa dibantu tujuh penduduk kampung untuk mengangkatnya ke dalam kenderaan," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, reptilia terbabit ditemui penduduk kampung yang dalam perjalanan untuk menoreh, petang semalam. Selepas ditangkap, ular terbabit dibawa ke pejabat JPAM daerah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113642

No comments:

Post a Comment