Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kenderaan yang terlibat adalah kereta jenis Perodua Viva, Proton Wira dan sebuah lori tangki minyak tanpa muatan.
Difahamkan, kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang Perodua Viva terbabit.
Mayat mereka dikeluarkan anggota bomba selepas menerima panggilan kira-kira pukul 6.44 pagi.
Pemandu lori dilaporkan selamat manakala dua yang lain dalam Proton Wira hanya mengalami kecederaan.
Bomba dalam satu kenyataan memaklumkan sedang mengenal pasti identiti mangsa. - UTUSAN ONLINE