Search This Blog

Friday, January 15, 2016

Tiga geng pecah rumah, samun tumpas


15/01/2016 10:46am



Wan Hassan (dua dari kiri) menunjukkan barang samun yang dijumpai dalam sidang akhbar sebentar tadi.


SEBERANG PERAI - Polis berjaya menumpaskan tiga geng pecah rumah dan samun di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini dalam beberapa serbuan berasingan sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad dalam satu sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, suspek terdiri enam lelaki berusia antara 21 hingga 48 tahun itu ditahan di sekitar Simpang Ampat dan Sungai Jawi, Nibong Tebal.
Menurutnya, polis turut merampas beberapa barangan yang disamun termasuklah komputer riba, telefon bimbit, peralatan elektrik dan perkakasan rumah yang dianggarkan bernilai RM50,000.
Katanya, kesemua suspek yang positif dadah itu kini ditahan reman sehingga esok. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz3xHoP2ZXM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment