Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Tidak mengaku curi 77 gelang emas

Kuala Terengganu: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencuri 77 gelang tangan emas dan melupuskan harta curi.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh, Muhamad Safari Md Salleh, 35, didakwa mencuri 77 gelang tangan emas milik Kedai Emas Mat Zin Isa di Pekan Bukit Payong, Marang, pada 4.45 petang 2 Januari lalu.
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Selain itu, tertuduh turut didakwa melupuskan harta curi iaitu seutas gelang tangan emas seberat 69.79 gram milik Kedai Emas Mat Zin Isa di kedai emas di Bandar Marang, 4.45 petang pada 3 Januari lalu.
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Adila Mat Zaidan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan,Rozianti menetapkan 31 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Akhbar sebelum ini melaporkan cubaan seorang lelaki mengaburi pihak berkuasa apabila menyamar dengan memakai pakaian wanita ketika mencuri sedulang emas di kedai di Bukit Payong, Marang pada 2 Januari lalu gagal selepas ditahan polis di rumah sewanya di Kampung Rhu Dua, Marang.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:55 PM


TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. FOTO Syahirah Abdullah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108029#sthash.tEdbQF5N.dpuf

No comments:

Post a Comment