TAICHUNG - TAIWAN. Seorang pemandu dirakam terpelanting keluar dari keretanya selepas kenderaan itu melanggar pembahagi jalan, Sabtu lalu.
Menurut laporan Dailymail, mangsa hanya dikenali sebagai Lu, 25 sedang memotong kenderaan lain dalam kejadian jam 9.40 pagi waktu tempatan.
Berdasarkan rakaman kereta (dashboard camera) orang awam, Lu memandu keretanya dengan laju sambil memotong sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.
Lu kemudian dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan tempurung kepala retak.
Difahamkan, cara Lu memotong kenderaan pada waktu berkenaan adalah merbahaya dan dilarang keras oleh pihak berkuasa
.