Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Tembak jarak dekat

Kuala Lumpur: Hajat seorang ahli perniagaan untuk keluar bersama kekasihnya yang juga isteri orang lain berakhir tragedi apabila mati ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di depan pusat kecantikan di Kawasan Perniagaan NSK, Jalan Kuchai Lama di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun berasal dari Mentakab, Pahang mati di tempat kejadian akibat ditembak dari jarak dekat di kepala oleh seorang suspek yang memakai kemeja-T biru, topeng jerebu serta topi keledar hitam.
Seorang saksi di tempat kejadian yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, dia nampak seorang lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh berlegar-legar berdekatan pondok pengawal keselamatan bertentangan dengan tempat kejadian.
Menurutnya, secara tiba-tiba lelaki itu berjalan ke arah hotel terletak bersebelahan klinik dan pada masa sama mangsa keluar dari hotel itu dipercayai untuk makan malam.
“Lelaki itu terus berjalan ke arah mangsa dan melepaskan dua das tembakan sebelum beredar dari tempat kejadian,” katanya.
Seorang lagi saksi berkata, mangsa dan seorang wanita dipercayai warga China sering kelihatan bersama di kawasan berkenaan, malah mereka dilihat kali terakhir makan bersama di restoran bersebelahan hotel itu, lewat petang kelmarin.
“Mangsa yang berasal dari Pahang dipercayai menetap di hotel sama setiap kali datang ke ibu negara.
“Wanita itu juga akan bersama mangsa setiap kali dia menetap di hotel berkenaan dan selepas kejadian, wanita itu juga gagal dikesan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa yang memiliki dua rekod jenayah lampau termasuk rekod dikehendaki polis kerana kesalahan berkaitan dadah maut akibat tembakan pada dahi kanannya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 6:29 AM


ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108196#sthash.ddYZ6wko.dpuf

No comments:

Post a Comment