Search This Blog

Monday, January 25, 2016

Teksi Bikxie Pink dari wanita untuk wanita

UNIA ISNIN, 25 JANUARI 2016 @ 11:27 AM





PERKHIDMATAN teksi motosikal wanita dikenali Bikxie Pink (Pink).


 GURGAON: Sepasang suami isteri di India mengambil inisiatif unik memulakan perkhidmatan teksi motosikal wanita dikenali Bikxie Pink (Pink). Divya Kalia dan suaminya, Mohit Sharma, yang lebih awal memulakan Bikxie Blue untuk lelaki berkata ia sebahagian usaha mengekang kes gangguan seksual yang makin meruncing di India. Mula beroperasi pada 14 Januari lalu, Pink menggunakan skuter merah jambu yang dipandu wanita dan hanya menerima pembonceng wanita. Setakat ini, Pink sudah melakukan 100 tunggangan, dengan hanya lima skuter. Secara keseluruhan, Bikxie mencatatkan 2,400 tunggangan. Pink hanya mengenakan Rs 10 rupee (RM0.60 sen) untuk dua kilometer pertama dan tambahan Rs 5 rupee (RM0.30 sen) untuk setiap kilometer. Bagaimanapun, perniagaan teksi dua roda itu berdepan masalah berikutan Akta Kenderaan Bermotor tidak membenarkan motosikal digunakan sebagai teksi. Setakat ini, ia hanya dibenarkan di negeri Haryana dan Goa. Sementara itu kerajaan Delhi dan Karnataka sedang mengkaji pindaan dalam masa beberapa bulan akan datang. "Apabila itu berlaku kita akan beroperasi di Bangalore dan Delhi," kata Sharma, yang merancang untuk menambah 5,000 lagi motosikal dalam tempoh enam bulan akan datang. Untuk tujuan keselamatan dan kebersihan, pemandu Pink disiapkan dengan alat penyembur lada dan topi mandi pakai buang untuk dipakai bersama topi keledar. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117837

No comments:

Post a Comment