Search This Blog

Saturday, January 16, 2016

Tak mengaku salah tipu RM645,229

Seremban: Seorang pengurus sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap 14 pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan kerugian RM645,229, sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Mohd Liza Azmie Md Darus, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.
Mengikut pertuduhan, Mohd Liza Azmie yang berasal dari Taman Sri Pulai, Sikamat, didakwa memperdaya sehingga mendorong Mohd Shamir Leman, 43, untuk menyerahkan wang secara berperingkat membabitkan jumlah keseluruhan RM645,229.
Mohd Shamir menyerahkan wang melalui beberapa transaksi di tiga bank berasingan di Seremban dan di pejabat tertuduh di Bandar Baru Ampangan, di sini, yang dilakukan antara 19 Disember 2014 hingga 13 November 2015.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun hingga 10 tahun, sebat atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hafizah Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Gurdit Singh.
Nor Hafizah menawarkan jaminan RM200,000 kepada tertuduh dengan syarat tambahan pasport mesti diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Namun, Gurdit meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan dikurangkan kerana semua pertuduhan itu hanya membabitkan seorang mangsa.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 15 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 7:12 AM


MOHD Liza Azmie dibawa ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107764#sthash.P51EjOHf.dpuf

No comments:

Post a Comment