Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Suspek bunuh janda, anak tiri ditahan

JENAYAH RABU, 13 JANUARI 2016 @ 8:15 AM

Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my


ANGGOTA polis membawa suspek yang ditangkap dalam kawasan kelapa sawit di Ladang Permodalan 1, di Kinabatangan. - Gambar ihsan IPD Kinabatangan.

 ‎KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dipercayai menikam bekas isteri dan anak tirinya hingga mati di Ladang Permodalan 1 dekat sini, kelmarin, ditangkap selepas usaha besar-besaran menjejakinya dilakukan. Suspek berusia 40 tahun itu ditahan di kawasan ladang kelapa sawit Ladang Permodalan 1 pada kira-kira 3.15 petang semalam. ‎Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata suspek luka di bahu kanan ketika ditangkap. Katanya, polis turut merampas anak kunci dan dompet berisi wang tunai RM704. "Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh bekas isteri dan anak tirinya. "Terima kasih kepada orang awam yang membantu polis hingga suspek dapat ditangkap," katanya di sini, sebentar tadi. Isnin lalu, bekas isteri suspek, Azura Shima, 39, dan anak tirinya, Basri Jamaluddin, 24, ditikam hingga mati selepas hasrat suspek merujuk dengan bekas isterinya ditolak.


RUMAH dua beranak yang mati ditikam di Ladang Permodalan 1, Kinabatangan.  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113775

No comments:

Post a Comment