KOTA BHARU - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas kereta jenis Toyota Camry yang dipandu uji dan diparkir di hadapan sebuah kedai runcit berhampiran Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini Jumaat lalu, dilarikan dua lelaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, pasangan terbabit memberhentikan kereta untuk singgah di kedai runcit dengan tidak mematikan enjin kenderaan.
Semasa kejadian, anak perempuan mangsa yang berusia 19 tahun turut berada dalam kereta terbabit, menunggu kedua ibu bapanya.
Namun tiba-tiba datang dua lelaki tidak dikenali meluru masuk dalam kereta itu menyebabkan anak perempuan pasangan itu menjerit dan sempat turun dari kereta, sebelum dua lelaki berkenaan terus melarikan kenderaan itu.
Mangsa turut kehilangan wang tunai RM65,000 dipercayai wang untuk pembayaran kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, siasatan masih dijalankan untuk tindakan lanjut
.