Search This Blog

Friday, January 15, 2016

Starbucks tutup semua kedai di Jakarta


IMEJ menunjukkan kafe kopi Starbucks selepas satu letupan berlaku di luar premis itu di Jakarta semalam.- AFP


JAKARTA – Rangkaian kafe kopi Starbucks menutup semua kedainya di Jakarta sehingga diberitahu kelak selepas serangan bersenjata dan pengeboman berlaku berhampiran sebuah kedainya di bandar raya itu.
“Kedai ini dan semua kedai Starbucks lain di Jakarta akan ditutup. Penutupan ini merupakan langkah berjaga-jaga dan berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.
“Kami memantau dengan rapi situasi di Jakarta,” kata rangkaian kopi terbesar dunia itu dalam satu kenyataan semalam.
Beberapa siri letupan bom menggegarkan ibu kota Indonesia itu pagi semalam yang meragut sekurang-kurang enam nyawa termasuk seorang anggota polis, dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain. – BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3xHoDXCCt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment