Search This Blog

Sunday, January 31, 2016

Sindiket jual ginjal di Indonesia


POLIS kini menyiasat sindiket jual-beli ginjal yang beroperasi di tiga buah hospital di Jakarta, Indonesia. – Gambar hiasan


JAKARTA – Polis sedang menyiasat satu sindiket jual beli organ manusia terutamanya ginjal yang beroperasi di tiga buah hospital termasuk sebuah hospital kerajaan di sini.
Menurut media tempatan, polis mengesahkan terdapat sindiket membeli dan menjual ginjal secara haram dikendalikan oleh beberapa orang awam yang menjadi orang tengah dan diuruskan oleh pegawai perubatan di hospital-hospital tertentu.
Jurucakap Bahagian Siasatan Jenayah Polis Republik Indonesia, Umar Surya Fana dipetik sebagai berkata, setakat ini polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan selain menyiasat pengurusan hospital yang dipercayai terbabit dalam sindiket membeli dan menjual organ manusia itu.
Polis juga sedang menyiasat seorang bekas banduan yang dipercayai menjadi antara peniaga organ manusia.
Beliau berkata, siasatan dilakukan di bawah kesalahan membeli dan menjual organ manusia.
Modus operandi sindiket itu ialah orang tengah akan menerima pesanan organ manusia dari hospital manakala orang tengah itu akan mencari individu daripada golongan miskin yang sanggup menjual organ dalam tubuh mereka demi mendapatkan wang.
Umar berkata, penjual organ itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital tertentu sebelum melakukan pemindahan organ kepada pesakit yang memerlukannya.
Hasil siasatan awal mendapati individu yang menjual buah pinggang itu dibayar kira-kira S$5,150 (RM15,000) dan organ itu kemudian dijual sehingga mencecah harga S$34,400 (RM100,000) kepada pesakit yang memerlukannya.
Katanya, perbuatan mengambil organ manusia secara sembara­ngan adalah satu kesalahan kerana terdapat undang-undang yang melarang golongan pekerja kasar se­perti buruh dan sebagainya menjadi penderma organ. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3ym63Xfg0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment