SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang pelanggan nyaris maut daripada dilanggar sebuah kereta yang tiba-tiba merempuh sebuah stesen minyak di Belfield, kelmarin.
Menurut laporan Daily Telegraph, Catherine Crawford memberitahu polis beliau 'terjatuh' beberapa saat sebelum kereta jenis Toyota Camry berkenaan merempuh masuk stesen tersebut.
Juruwang stesen berkenaan, Jenny Diab, 45, bagaimanapun terperangkap di belakang kaunter pembayaran sebelum diselamatkan oleh bomba.
Sementara itu, polis masih mengesan pemandu kereta berkenaan yang melarikan diri selepas kejadian
.