Search This Blog

Thursday, January 21, 2016

Siasat sindiket jual MyKad palsu

Kuantan: Pendatang asing tanpa izin (PATI) berketurunan Suluk dari Filipina dikesan memperoleh MyKad palsu dengan harga serendah RM200 daripada sindiket bagi membolehkan mereka menikmati keistimewaan sebagai warganegara Malaysia.
Perkara itu terbongkar selepas satu operasi bersepadu diadakan membabitkan 60 anggota dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di sekitar Balok, di sini, awal pagi tadi.
Operasi selama kira-kira empat jam bermula 1 pagi itu menahan kira-kira 70 PATI termasuk 15 kanak-kanak.
Kebanyakan PATI mengakui mereka membeli MyKad itu daripada sindiket di Sabah, Perak dan Kuala Lumpur dengan harga antara RM200 hingga RM300.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Mohd Yazid Razali berkata, pihaknya akan menyiasat mengenai dakwaan pembelian MyKad palsu dan mengesan sindiket yang menjualnya.
"Pada masa ini, kita akan ambil tindakan mengikut kesalahan dibuat di mana mereka akan dibicarakan sebelum dihantar pulang ke negara asal.
"Selain memiliki MyKad palsu, kebanyakan PATI yang ditahan didapati melakukan kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya selepas operasi itu di sini, pagi tadi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Imigresen Pahang, Zamree Ramli.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 11:57 AM


ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108997#sthash.CpqrXiEO.dpuf

No comments:

Post a Comment