Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Seret mayat 100 meter

Kuala Kubu Bharu: Seorang pemandu kereta tidak menyangka objek dilanggar dan tersekat di bawah kenderaannya tubuh seorang penunggang motosikal.
Dalam kemalangan jam 3 pagi semalam, mangsa maut akibat diseret hampir 100 meter di Kilometer 433, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Bukit Beruntung arah selatan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Volkswagen Passat itu gagal mengelak penunggang motosikal yang terbaring di lorong paling kanan jalan raya.
“Pemandu berusia 33 tahun yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.
“Akibat pelanggaran itu pemandu kereta terbabit terkejut lalu terus memberhentikan kereta di lorong kecemasan sebelum melihat ada mayat di bawah keretanya,” katanya.
Dia berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan.
Menurutnya, mangsa dikenali sebagai M Nithian, 29, dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:18 AM


ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107962#sthash.sEd3tpeM.dpuf

No comments:

Post a Comment