Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Sazareenanazua Mohd. Samsudin dalam perjalanan menghantar adiknya ke Sekolah Kebangsaan Seri Bandan dekat Parit Raja.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Abd. Rahim Razali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 7.17 pagi.
Ujarnya, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan pihaknya manakala adiknya diselamatkan orang awam yang melalui tempat kejadian.
Mayat mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE