Search This Blog

Sunday, January 31, 2016

Sekolah di Australia dikosongkan selepas ancaman bom





SYDNEY – Beribu-ribu pelajar dipindahkan dari sejumlah sekolah di dua negeri di Australia semalam susulan ancaman bom palsu, manakala media tempatan melaporkan insiden serupa berlaku di Eropah.
Sebilangan sekolah di New South Wales yang menempatkan bandar terbesar Australia, Sydney dan negeri Victoria menerima ancaman bom yang menyebabkan pihak sekolah mengambil keputusan sama ada memindahkan pelajar atau menutup sekolah.
Malah, lebih 20 sekolah di Perancis, Itali dan Britain turut menerima ancaman serupa menerusi panggilan telefon kelmarin.
“Polis Victoria mengesahkan ancaman bom yang dibuat melalui panggilan telefon ke beberapa sekolah di negeri itu adalah palsu.
“Kami menyedari sejumlah sekolah di beberapa negeri dan negara lain menerima panggilan serupa dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Polis Victoria dalam satu kenyataan tanpa mendedahkan nama sekolah-sekolah yang terjejas.
Polis masih menyiasat kes berkenaan tetapi menolak kaitannya dengan pengganas.
Penolong Pengetua Sekolah Rendah Cowes, Rod McKenzie berkata, seorang penyambut tetamu di sekolah berkenaan menerima satu panggilan telefon bahawa terdapat sebutir bom di dalam sebuah beg sandang tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Sebuah kumpulan menamakan diri mereka, Evacuation Squad mengaku membuat ancaman bom ke atas sekolah-sekolah di Perancis dan Britain itu dalam satu akaun Twitter. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3ym6SBoRW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment