Search This Blog

Saturday, January 16, 2016

Saksi nahas lori hantu diminta tampil - Polis

SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 4:08 PM

KHAMIS lalu, dua pelajar perempuan maut manakala seorang penjaja cedera dirempuh sebuah van yang dilanggar sebuah lori selepas melanggar dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana. - Foto Saddam Yusoff
KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah lori hantu di hadapan sebuah sekolah di Bandar Damai Perdana, Kajang, sehingga mengorbankan dua pelajar sekolah itu kelmarin tampil memberikan maklumat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi yang ditemukan di lokasi namun masih memerlukan maklumat lanjut bagi membantu siasatan.
Khamis lalu, dua pelajar perempuan maut manakala seorang penjaja cedera dirempuh sebuah van yang dilanggar sebuah lori selepas melanggar dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana.
Dua pelajar yang maut itu dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, masing-masing berumur 13 tahun.
Sementara itu, pemandu lori warga Indonesia yang terlibat telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment