Search This Blog

Monday, January 25, 2016

Ribut Salji: 86,000 terkandas di Pulau Jeju

ISNIN, 25 JANUARI 2016 @ 11:29 AM





 KEADAAN lapangan terbang di Pulau Jeju yang diselaputi salji. - Foto Republic Of Korea


 SEOUL: Kira-kira 90,000 orang terkandas di pusat peranginan terkenal Pulau Jeju, Korea Selatan selepas ribut salji besar dalam tempoh tiga dekad melumpuhkan operasi lapangan terbang untuk hari ketiga berturut-turut. Pulau yang mendapat jolokan nama 'Hawaii Korea Selatan' itu kerana pantai dan cuaca yang luar biasa, Jeju kali ini diselubungi cuaca sejuk selama seminggu sehingga menyebabkan bacaan suhu mencatat rekod terendah di seluruh negara. Destinasi pelancongan terkenal itu mencatat ribut salji dalam tempoh tiga dekad sejak Sabtu ketika suhu menurun kepada -6.1 darjah Celsius. Kementerian Pengangkutan Korea berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju akan tetap ditutup sehingga jam 8 malam waktu tempatan hari ini, berikutan salji tebal dan angin kencang. Pegawai kementerian itu berkata, sebanyak 1,100 penerbangan dibatalkan ketika hujung minggu lalu dan Isnin menyebabkan kira-kira 86,000 orang pelancong terkandas di pulau berkenaan. Beribu-ribu orang terpaksa bermalam di lapangan terbang, berbungkus dengan selimut dan tidur di atas kadbod bagi mengelak kesejukan di atas lantai. Walaupun tidak diselubungi ribut salji, ibu negara Seoul mencatat suhu paling sejuk dalam tempoh 15 tahun pada semalam apabila suhu turun sehingga -18 darjah Celsius. Pada Sabtu pula, agensi cuaca mengeluarkan amaran berkaitan ombak sejuk yang mungkin membadai buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117838

No comments:

Post a Comment