Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 16 tahun berjalan bersendirian didatangi sekumpulan lelaki sebelum salah seorang daripada mereka menikam mangsa dengan senjata tajam.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dekat sini oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa mengesahkan kejadian. - UTUSAN ONLINE