Search This Blog

Thursday, January 14, 2016

Rayu isteri pulang segera

Rayu isteri pulang segera


WARTAWAN SINAR HARIAN

 13 JANUARI 2016

 BATU PAHAT – Seorang lelaki merayu isterinya pulang ke kediaman mereka di Kangkar Bahru, Yong Peng, demi empat anak mereka yang kini masih kecil, dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Kejadian berkenaan yang dikatakan berlaku tanpa sebab itu, membuatkan si suami bingung dan tertanya-tanya punca isterinya meninggalkan dia dan anak-anak setelah 13 tahun mendirikan rumah tangga.
Diong Yong Chuan, 54, berkata, dia hanya menyedari isterinya, seorang warganegara Indonesia, Tjin Ji Lang, 36, hilang apabila tidak pulang ke rumah setelah keluar pada jam 8 pagi, 4 Januari lalu.
Katanya, dia bersama beberapa kenalan terus mencari isterinya, di merata tempat, di sekitar pekan Kangkar Bahru termasuk di kawasan Yong Peng.
“Saya juga buat satu laporan polis setelah menemui motosikal miliknya berada di Perhentian Bas Lucky Garden, Yong Peng, namun kelibat isteri saya tidak lagi kelihatan di situ.
“Ada orang melihat isteri saya menaiki bas yang menuju ke Johor Bahru,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya.
Menurut Yong Chuan, hubungan dia dan isteri baik, cuma berapa hari sebelum kejadian dia menegur isterinya terlalu leka dengan Facebook sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Katanya, mungkin teguran itu menyebabkan isterinya berkecil hati dan melarikan diri dengan mengikut kenalan dikenali menerusi laman sosial berkenaan.
“Saya merayu dia pulang segera kerana anak-anak rindukannya, terutama yang kecil Diong Siau Fong, 7. Dia hari-hari nangis cari di mana ibunya. Tiga lagi anak kami ialah Diong Siau Ling, 12; Diong Siau Yan, 11, dan Diong He Long, 8, turut bertanya di mana ibunya. Saya tahu anak-anak amat merindui ibu mereka.
“Kepada mereka yang terlihat atau terjumpa isteri saya, boleh hubungi 010-883 1815 atau buat laporan di balai polis berhampiran,” katanya
.

No comments:

Post a Comment