ATHENS - GREECE . Operasi di kebanyakan pelabuhan utama di Greece terhenti selepas ratusan penunjuk perasaan meneruskan mogok yang masuk hari kedua, kelmarin.
Lebih 1,300 petani turut berarak sejauh 30 kilometer dengan membawa traktor mereka sebagai membantah rancangan kerajaan untuk mengubah hak buruh, pencen serta umur persaraan.
Difahamkan, satu mogok kebangsaan juga dirancang pada 4 Februari depan selepas kerajaan memutuskan untuk memotong bayaran pencen berjumlah kira-kira 1.8 bilion euro (RM8.6 bilion) pada tahun ini.   
Julai lalu, Athens menandatangani perjanjian dengan Suruhanjaya Eropah (EC), Bank Pusat Eropah dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk menerima pakej penyelamat ketiga berjumlah 86 bilion euro (RM410 bilion) sebagai pertukaran dengan langkah penjimatan ekonomi. - Press T
V